Friday, November 26, 2010

New book arrived..pening2..hehe














sape-sape yang nak order buku-buku ni dah boleh order sekarang....sementara stok masih ade...setiap tajuk cume ade 4 copy sahaja..

Friday, November 19, 2010

Novel Faisal Tehrani...

novel ni memang best kuasa 3...lebih2 lagi bace bab dia pegi umrah...perhhh memang best...thumbs up kat abg Faisal Tehrani kite ni..memang patot pun dia dapat Anugerah Seni Negara...


sinopsis..


"Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah."

"Saya Salsabila Fahim telah banyak menderita. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidak pernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita...Namun, biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap..."

'Tunggu Teduh Dulu' terkadangkala menggusarkan, sering kali menyentuh perasaan dan pada banyak tempat melontar kebijaksanaan kehidupan. Salsabila Fahim seolah-olah amat dekat dengan diri kita ataupun cebisan jiwanya telahpun bersemadi dalam jiwa setiap wanita.

np :rm29
BLC : rm27.50

Novel Hari nie..

ermmm baru pas habis bace buku nie...best gak especially utk yg berjiwa remaja...novel cintan cintun yg comey...

COVER-311 
“Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat.” ~ Hakimi
I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
“Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku,” rungut Along.
Oit! Kau orang ingat benda senang ke? Susahhh!” omel Khairina.
“Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?” Mata Angah membuntang.
II
“Nah ni gambar adik kami!”
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
“Oit! Tenung lama-lama nampak,” Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
“Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?” soal Hakimi.
III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

***
ANA FARHANA menulis untuk grup ‘muda’ yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan ‘sempoi’. Sekiranya grup ‘tua’ tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah ‘terawet’ Laughing dengan jayanya.

np : Rm19
BLC : Rm17.50

Wednesday, November 17, 2010

buku hari ini...

Chinta  
ermmm....buku ni baru habis baca kul 12 malam tadi hehe..menarik gak jalan crite dia..buku ni agak tebal tapi tak boring baca...cube korang try baca lak..he

sinopsis da...
Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai satu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya.
np  : rm24.90
blc  : rm23.00

Saturday, November 13, 2010

Book Lovers Cafe

Salam......


Kepada semua book lovers yang ada di Malaysia...kedai kami menawarkan berbangai-bangai jenis bahan bacaan bermula dari umur 4 tahun hingga ke peringkat dewasa...


Tumpuan utama kami adalah novel-novel melayu dan bahasa inggeris terutama yang BEST SELLER hehe...
Novel Melayu dalam koleksi kami daripada pelbangai penerbit dan penulis seperti NB Kara, Kaki Novel, KarnaDya, Alaf 21, Fajar Pakeer dan macam-macam lagi...best kan kan kan....


Ermm...for English novel lak...kami ada buku author Nora Roberts, Sophie Kinsella, Stephen King, Danielle Steel and lots more...


Tapi yang paling paling best tentang kedai kami adalah HARGA MURAH untuk hampir kesemua novel-novel ini...haa kan best gitu...baca banyak-banyak tapi bayar sikit jer...dapat jimat..tapi ada lagi yang best iaitu FREE DELIVERY untuk kawasan Saujana Utama, Sg Buloh, Puncak Perdana, Puncak Alam dan Bukit Subang. By hand lagi tue...(tapi ada terma dan syaratnye...he)


Ok la...anda boleh datang kedai kami or just visit our blog..Enjoy ur day book lovers...


Book Lovers Cafe
No 15f, SU Mall, Saujana Utama3,
47000 Sg. Buloh,
Selangor
HP: 012 3865755